1/19/11

JOM TEMBAK BABI

PEMBERITAHUAN : Kepada sesiapa yang yang tidak selesa menggunakan perkataan “babi” anda boleh tukar kepada perkataan yang anda rasa selesa dengannya.

Olympic_pictogram_Shooting 

Ha hari ni aku nak ajak hangpa semua pi tembak babi. Jomla sapa nak join aku, memang terbuka kepada sesiapa yang berani menyahut cabaran. Apa hangpa ingat senang ke nak tembak babi? Susah kot… Tambah-tambah babi tunggal yang besar gedabak tu ha… Kalau yang pinky tu pebarang. Konon kiut miut habisla, wana pink dengan ekor pintal-pintal tu dengan hidung penyeknya lagi… Yang ni spesis jinak, tak layan. Layan yang berbulu lebat siap dengan taring lagi. Yang spesis ni barula ekstrem nak layan berburu.

===========================


“Dah-dahla merapu ceq oi”
Ok dah, sebenar-benarnya masuk tadi dah tiga kali mamat siam Jitra tu call aku ajak pi tembak babi hutan. Gila ke apa???  Aku tak kenal pon mamat tu, tetiba je call aku dok cakap siam… Aku pon apa lagi, speaking siam jugakla, masuk habis suma lagu yang aku tau… Hahaha…

“Allo… Kata tadi petang mau pegi tembak babi, jomla.”
“Eh, sapa ni? Tembak babi mana pulak dah?”
“Aku ni la, yang petang tadi tu… Kita pi 5 orang.”
“Ni hang silap no ni weyh, aku kat KL ni ha, bila masa pulak aku jumpa hang petang tadi. Hang pon aku tak kenai.”
“Oh ya ka?? Sori, sori…”

Tak sampai lima minit, mamat siam ni call lagi. Dah tu siap cakap aku tipu dia. Malas aku nak layan terus je letak. Dan kali yang ketiga :

“WOI, HANG TAK PAHAM BAHASA KE? AKU KATA BUKAN, BUKANLA.”
“Oh, sori kawan… Silap no la…”
“Ha paham pon, satgi aku cakap siam baru hang tau kot.” Maka aku pon merapu cakap siam (Bantai je lagu om prak ma pood kat dia..haha)

Letak-letak je telefon, terus gelak tak ingat dunia aku… Adoila, ada jugak orang silap no telefon sampai camtu. Nak kena tinggi suara baru nak paham.


MORAL : Budi bahasa budaya kita.

p/s : Aku Melayu asli bukan Siam atau sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...