1/12/11

THE UNSUNG HERO

PEMBERITAHUAN : Entri ini adalah berkaitan dengan bola sepak tempatan. Sekarangkan tengah top pasal Harimau Malaya. Tapi aku tak nak cerita pasal Harimau Malaya, aku nak cerita pasal sorang legend dalam arena bola sepak tempatan. Kalau yang rasa bola sepak tempatan ni hambar, fikirkan balik lepas baca.


Nak cakap aku tahu pasal bola sepak tempatan sangat pon aku tak la sangat tahu. Tapi aku amik tau jugakla dengan perkembangan bola sepak negeri aku serta negara aku ni. Setakat nak sharekan “from my view” tu bolehla sikit-sikit. Kalau ada yang nak kritik penulisan aku ni, aku tak kisah… Tapi buatlah secara berhemah yer.

Siapa yang korang fikirkan legend bola sepak kat Malaysia ni? Supermokh? Satokh Singh? Soh Chin Aun? Hassan sani? Azman Adnan? Ahmad Sobri? Che Zambil? Ke Rajagopal?? Tak dan bukan sama sekali mereka semua ni yang aku nak cakap… Tapi sorang hero bola sepak Malaysia yang aku rasa setakat hari ni masih tiada pengganti yang memiliki kredibiliti, dan semangat serta ketegasan dalam mengkritik seperti yang ditunjukkan oleh “beliau”. Perasaan cintakan bola sepak sangat menebal dalam hati seorang yang bergelar “beliau” ini.

Tapi aku sedih, kecewa, dan marah kerana apa yang beliau telah curahkan kepada bola sepak tanah air tidak diberi penghargaan yang sewajarnya. Malahan beliau turut dikecam, dikritik oleh pihak-pihak tertentu. Siapakah “beliau” yang dimaksudkan oleh aku??

The Unsung Hero……….

ahmadbasriakil









 Allahyarham Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri Akil (25 April 1939 —15 July 2008),



Hampa kenai dak ni? Orang Kedah mana? Orang Kedah tak kenai sapa dia ni memang saja jela jadi orang Kedah. Aku bukan nak buat ikut semangat kenegerian yer, tapi ini adalah kenyataan. Beliau merupakan seorang hero bola sepak tanahair yang bagi aku penghargaan yang beliau dapat adalah sama sekali tak setanding dengan jasa yang beliau telah taburkan.

Allahyarham DBA  merupakan bekas pengurus pasukan Kedah FA (1986 –1996, 2006 - 2007) dan Malaysia (1986), dan turut merupakan Naib Presiden FAM (1994 – 1998). Beliau juga merupakan pengurus Malaysia pertama yang membawa Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA (1989) dan setelah 20 tahun yakni di sukan SEA Laos 2009 barulah Malaysia boleh merampas kembali pingat emas tersebut.

Plan-plan pembangunan bola sepak yang beliau bangunkan bersama Kedah memberi impak dalam pembangunan bola sepak di Kedah secara khususnya. Kedah mula mendominasi pentas bola sepak tanahair. Impak yang diberi boleh dilihat sampai sekarang, berapa ramai pemain-pemain hebat yang telah berjaya dilahirkan? “Double treble” juga merupakan hasil dari pembangunan bola sepak ini. Dan aku ada terbaca bahawa strategi pembangunan bola sepak yang dijalankan ini telah diambil modulnya oleh beberapa buah negara, antaranya Jepun dalam meningkatkan mutu bola sepak tempatan mereka. Dan sekarang, apa jadi dengan Jepun??? Malaysia di mana??? Sebab apa semua ni terjadi??? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Sejarah perkhidmatan beliau dalam arena bola sepak tanahair amat mencabar dan penuh dengan liku-liku yang perlu ditempuhi oleh beliau. Kejayaan bersama Kedah turut ada pasang surutnya, Kedah pernah jatuh ke Divisyen 2 pada tahun 1991 namun Kedah bangun kembali. Akibat ketegasan dalam mengkritik yang beliau tunjukkan, beliau telah di gantung dari memegang sebarang jawatan dalam bola sepak tanahair sejak 2001 sehingga 2005. Pada tahun 2005 beliau kembali dengan plan jangka pendek (3 tahun) Kedah akan berjaya memonopoli bola sepak tempatan. Dan hasilnya dilihat setahun lebih awal dari yang sepatutnya, iaitu pada tahun 2007 dengan kejayaan treble. 2007, sekali lagi beliau digantung 3 tahun kerana mengkritik FAM. Tahun 2008, merupakan tahun tawa dalam tangisan buat Kedah. Sebab apa aku cakap tahun tawa dalam tangisan? Tanggal 15 Julai 2008, DBA telah dijemput menemui Yang Maha Agung Allah swt dan pada tahun ini jugaklah Kedah sekali lagi memenangi treble. Pembangunan bola sepak beliau sehingga sekarang masih diteruskan di Kedah.

Hilangnya sebutir permata yang amat beharga ini banyak memberi kesan keatas bola sepak Kedah terutamanya (Tanahair aku tak tahula, orang-orang ehem-ehem sukala kot). Bayangkanlah sehingga ada negara luar yang sanggup tiru cara beliau dan negara tersebut kini bertiang-tiang kat depan sana manakala kita masih berbangga dengan kejayaan-kejayaan silam, zaman aku tak diberanakkan lagi dan zaman aku kecik-kecik dulu. Buat apa nak kenang lagi? Berjalan biar kehadapan bak kata pak cik dalam iklan Petronas (korang ingat tak?), teruskan apa yang kita menang di AFF dan tingkatkan lagi, jangan asyik nak pandang belakang je… Nanti eksiden pulak dah tak tengok depan jalan kan susah.

Al – Fatihah buat Allahyarham Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri Akil (25 April 1939 —15 July 2008), dan takziah diucapkan kepada keluarga.
Bibliografi :

p/s :
  1. Ditulis kerana kancah bola sepak tempatan dah nak bermula, dan ada angin baru dalam arena bola sepak selepas menang AFF. Serta pengumuman ranking dunia yang dibuat oleh FIFA.
  2. Aku rasa ni la entri aku paling skema dari segi struktur ayat dan kepanjangan yang amat berjela dari entri-entri yang pernah aku buat.
  3. Ranking Malaysia di tangga ke 142 tahniah Malaysia
ranking malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...