11/20/11

CINTA DAN HATI

Di sebuah kampung pada zaman dahulu kala, tinggal dua sahabat baik yang bernama Cinta dan Hati. Kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain, jika Hati tiada makan Cinta akan berasa gusar dan gelisan, begitulah sebaliknya. Kemana saja mereka pergi, mereka akan sentiasa bersama.

Hidup mereka tidak mengendahkan orang lain, apa yang penting mereka bahagia dan tetap bersama. Bagi mereka, hubungan mereka itu sudah saling melengkapi walaupun Si Cinta itu buta matanya, manakala Si Hati pekak telinganya. Entah apa cara komunikasi yang diguna pakai tidak dapat dikenalpasti, tetapi kedua-duanya dapat hidup bersama. Bak kata pepatah, masing-masing punyai kimia.

Tapi pada dasarnya, hanya penduduk kampung tersebut yang dapat melihat dan mendengar semuanya dengan jelas. Acap kali penduduk kampung menunjukkan bukti kepada Si Cinta bahawa Si Hati telah curang dengannya. Namun apakan daya, Si Cinta itu buta, tidak dapat melihat bukti-bukti itu dengan jelas dan nyata.

Puas penduduk kampung tersebut menasihati dan menegur Si Hati agar tidak melakukan perkara sedemikian, namun hasilnya sama. Si Hati tidak mendengar segala nasihat dan teguran yang disampaikan kepadanya. Apakan daya, setiap usaha yang dilakukan oleh orang kampung gagal sama sekali.

Cinta itu buta, manakala Hati itu pekak. Cinta membutakan mata semata-mata untuk menghalalkan semuanya. Hati memekakkan telinga untuk mendengar setiap nasihat dan teguran.

MORAL: Cinta itu buta, hati itu pekak.
p/s:  ……………………
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...