11/20/11

CINTA DAN HATI

Di sebuah kampung pada zaman dahulu kala, tinggal dua sahabat baik yang bernama Cinta dan Hati. Kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain, jika Hati tiada makan Cinta akan berasa gusar dan gelisan, begitulah sebaliknya. Kemana saja mereka pergi, mereka akan sentiasa bersama.

Hidup mereka tidak mengendahkan orang lain, apa yang penting mereka bahagia dan tetap bersama. Bagi mereka, hubungan mereka itu sudah saling melengkapi walaupun Si Cinta itu buta matanya, manakala Si Hati pekak telinganya. Entah apa cara komunikasi yang diguna pakai tidak dapat dikenalpasti, tetapi kedua-duanya dapat hidup bersama. Bak kata pepatah, masing-masing punyai kimia.

Tapi pada dasarnya, hanya penduduk kampung tersebut yang dapat melihat dan mendengar semuanya dengan jelas. Acap kali penduduk kampung menunjukkan bukti kepada Si Cinta bahawa Si Hati telah curang dengannya. Namun apakan daya, Si Cinta itu buta, tidak dapat melihat bukti-bukti itu dengan jelas dan nyata.

Puas penduduk kampung tersebut menasihati dan menegur Si Hati agar tidak melakukan perkara sedemikian, namun hasilnya sama. Si Hati tidak mendengar segala nasihat dan teguran yang disampaikan kepadanya. Apakan daya, setiap usaha yang dilakukan oleh orang kampung gagal sama sekali.

Cinta itu buta, manakala Hati itu pekak. Cinta membutakan mata semata-mata untuk menghalalkan semuanya. Hati memekakkan telinga untuk mendengar setiap nasihat dan teguran.

MORAL: Cinta itu buta, hati itu pekak.
p/s:  ……………………

9/26/11

PERGH… BIAQ BETIK

Sedang aku lepak-lepak sambil makan dan minum di salah sebuah kedai sekitar SS2, mataku meliar kesana sini melihat gelagat orang ramai. Saja ja tengok-tengok keliling, mana tau kot-kot ada yang aku kenal…
Sekali…
“Hoh, minah ni macam aku kenai…” Bentak hati kecilku ini.
Mataku terus memerhatikan gelagat dua orang insan berkenaan. Makin lama aku dok perati, makin pelik pulak aku tengok…
“Sah… Sah dah, jantan lain pulak dah…” Aku bersuara.
“Woi, apa jantan lain pulak dah ni? Mamai ka apa hang ni?” Tegur seorang dari kawanku…
Aku hanya memuncungkan mulut aku kearah dua insan yang sedang bercinta di hujung sana tanpa perlu kata apa-apa…
“Pergh… Biaq betik, dalam Facebook depala sweet couple… Sekali…” Sampuk rakanku beramai-ramai.
Dari elok-elok dok bincang pasal projek nak pergi holiday terus tukar topic jadi topik si Gegirl dan si Boboi…

Kepada si Boboi :
Pi la cari orang lain, banyak lagi yang sesuai dengan hang… Ka dah kena nasi kangkang? Opsss, harap maaf. Pesanan ini adalah ikhlas dari kami berempat.

MORAL : Bertemu dan berpisah… Itu adat.
p/s : Nanti dah putus, gua kasi lagu Melda Ahmad – Putus, ok tak?




9/23/11

MULUT

Mouth

Kita lahir dengan dua mata dan dua telinga, tapi kita hanya diberi satu mulut. Kerana mulut adalah senjata yang amat tajam. Mulut boleh menyakiti, boleh membunuh, boleh menggoda dan banyak perkara tidak menyenangkan lagi. Oleh itu bicara sedikit mungkin, tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

MORAL : Lidah lebih tajam dari sebilah pedang.
p/s : Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...