12/31/10

APA YANG PALING…?

PEMBERITAHUAN : Entry ini telah ditaip khas bersempena dengan tahun baru 2011 ini. Mula nak post masa awal Muharram, disebabkan beberapa masalah telah ditunda penerbitannya.

2010 dah berlalu, sekarang ni dah masuk ke dekad baru tahun 2011. Masing-masing ada azam kan? Apa azam korang? Simpan dulu azam tu… Sempena tahun baru ni aku ingat nak buat teka teki sikitla, tak kisahla korang kata pelik ke apa buat teka teki time semua orang dok wish sana sini. Tak spesella, tiap2 tahun dok wish benda sama je, yang tukar angka dia, ayat depan & belakang still sama gak tak ada beza pon.  Dah cukup melalut sikit2 jadila, jom layan teka teki ni pulak.

Soalan-soalannya :
  1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
  2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia?
  3. Apa yang paling besar di dunia?
  4. Apa yang paling berat di dunia?
  5. Apa yang paling ringan di dunia?
  6. Apa yang paling tajam di dunia?



Dapat jawab tak? Pandainyer korang kalau dapat jawab, tapi betul ke jawapan tu??? Jom tengok jawapan dia.

Jawapan :
  1. MATI
  2. MASA LALU
  3. NAFSU
  4. MEMEGANG AMANAH
  5. MENINGGALKAN SOLAT
  6. LIDAH

Puas hati tak dengan jawapan tu semua??? Tak puas hati? Okeh, jom tengok penjelasan setiap jawapan tu pulak.

1.
Iman Ghazali bertanya kepada anak2 muridnya, “Apa paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. Murid2nya menjawab “Orang tua, guru, kawan, sahabat.”. Iman Ghazali menjelaskan, “Semua itu benar, tetapi yang paling hampir dengan kita adalah MATI sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).

2.
Pertanyaan yang kedua. ''Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?''. Murid-muridnya menjawab, ''Negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang.''. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah 'MASA LALU'. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

3.
Pertanyaan yang ketiga. ''Apa yang paling besar di dunia ini?''. Murid-muridnya menjawab, ''Gunung, bumi dan matahari.''. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah 'NAFSU' (Al A'Raf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4.
Pertanyaan keempat adalah, ''Apa yang paling berat di dunia ini?''. Ada yang menjawab 'besi dan gajah'. Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali. Tetapi yang paling berat adalah 'MEMEGANG AMANAH' (Al Ahzab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

5.
Pertanyaan yang kelima adalah, ''Apa yang paling ringan di dunia ini?''. Ada yang menjawab 'kapas, angin, debu dan daun-daunan'. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah 'MENINGGALKAN SOLAT'. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara aktiviti kita meninggalkan solat.

6.
Pertanyaan keenam adalah, ''Apakah yang paling tajam di dunia ini?''. Murid-muridnya menjawab dengan serentak, ''Pedang!''. Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah 'LIDAH MANUSIA'.Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



p/s :
  1. Entry ni aku taip balik dari sourcenya yakni note2 yang aku simpan. Kalau yang ni pon aku nak mereka sendiri sesatla aku jawabnya.
  2. Aku bukan ustad, kalau salah dan silap tegurlah, taukan macam mana cara nak menegur?
  3. Selamat tahun baru aku ucapkan kepada semua. Hope azam korang semua tercapaila yer tahun ni.

12/16/10

JOM BELAJAR BAHASA ISYARAT MALAYSIA (BIM)

Okey yer anda semua... Hari ini kita belajar BIM nak??? Kenapa? Sebab nanti senangla kita nak berkomunikasi dengan orang pekak. Kalau kita nak belajar apa pon mestilah belajar dari bawah, betul tak? Sekarang ni kita belajar yang basic dulu dahla yer. Jangan ingat mudah nak belajar ni, boleh terkehel tangan & jari tu nanti, silap2 hari bulan masuk spital la pulak... Sekarang jom kita belajar... layannnn......

HURUF


ANGKA


Dah? Paham tak? Kalau tak faham mai kita layan video ni pulak bagi paham kaw2 punya...

- panjang pulak intro dia ni -

Baiklah murid-murid, tamatlah sudah sesi Pengajaran & Pembelajaran (P&P) kita pada hari ini. Sekian, terima kasih.



p/s : 
  1. Sebenarnya bahasa isyarat ni banyak, ada BIM, KTBM, SEE, ASL, tu semua lain kali ok. Panjang lebar nak menerang semua tu, belajar banyak2 pon tak guna kalau tak paham apa yang kita belajar tu yer tak? 
  2. Aku malas dan tak ada kemudahan yang mengizinkan aku buat macam ni. So aku ambil keputusan untuk bagi job ni sama incik Google serta cik Youtube. Terima kasih yer kepada sesiapa yang buat semua ni, amatlah berguna.

MORAL : Selagi boleh belajar, kita belajar... Dengan ilmu yang ada, kita amalkan.

11/11/10

Matematik Oh Matematik



Hurm.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...