6/28/11

KALAU

Layan dulu gambar kat bawah ni… Gambar aku dapat dari Facebook, skim apa benda tak tau… Tapi macam menarik pulak aku rasa…

kalau

Soalan pada akhir gambar akan mengundang pelbagai jawapan… Bila berfikir punya berfikir, pada akhirnya akan disusuli dengan satu perkataan yang akan buatkan samada kita menyesali atau cuba untuk berubah akan terpacul keluar dalam kepala otak

Perkataan yang dimaksudkan ialah KALAU…
  • “Kalaula dulu aku rajin belajar, tak adala jadi macam ni…”
  • “Kalaula aku tak buat macam tu dulu…”
  • “Kalaula…”
  • “Kalau…”
  • “Kalau,” dan…
  • “Kalau”
Banyak sungguh ‘kalau’ yang keluar, semuanya hanya untuk mencari alasan mengapa hidup kita tak seperti yang diimpikan…



Apa kata kalau kita menggunakan perkataan ‘kalau’ itu untuk mencari sebab dan cara untuk menyelesaikan masalah yang telah kita hadapi tu???
  • “Kalau jalan ni sesak, macam mana aku nak buat untuk mengelakkan kesesakan ni?”
  • “Kalau macam ni tak boleh, apa cara lain yang boleh?”

MORAL : Berusaha mencari jalan, bukan alasan
p/s : Kalaula aku kaya… pang…

6/26/11

PENYEBAB ISLAM MUNDUR

  • JAHIL
    • Jahil bukan setakat bererti bodoh semata-mata tapi lagi tinggi pangkat dari bodoh. Contohnya : Menyangka diri dah cukup pandai dah… Tak boleh nak terima teguran… Tidak tahu membezakan hak dan batil.

  • ULAMA’ DAN UMARA YANG ROSAK AKHLAK
    • Umara angkuh dalam memerintah… Tak mahu ambil pandangan dan pendapat orang lain… Para umara menganggap rakyat hanya sebagai haba kepada mereka… Maka wujudlah ulama-ulama yang menjadi penjilat kaki pemerintah serta mengiyakan walaupun salah.

  • TAKUT
    • Dulu umat Islam merupakan pejuang yang berani dan membantu kegemilangan Islam, tapi tu dulu sekarang ni??? Sekarang semua dah jadi pengecut dan menyebabkan kemunduran Islam.

  • PUTUS ASA DAN KECEWA
    • Media massa barat memang berjaya menghancurkan Islam… Generasi sekarang dilihat lebih menyanjung barat…

  • LUPA SEJARAH
    • Sejarah Islam dulu begitu gemilang… Namun umat Islam sekarang dah lupa atau dilupakan tentang sejarah kegemilangan tersebut… Umat Islam bukan setakat lupa sejarah… Tetapi turut lupa siapa diri mereka yang sebenar…


Bibliografi :

          Jamnul Azhar. (2001). Al-Quran dan Sains : Siri Pertama. Alor Setar : Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.


MORAL : “Bangun  dan bangkitlah wahai generasi muda (Islam)” – Khutbah Jumaat 10 Jun 2011

p/s : Khutbah Jumaat kat masjid kg aku na…

6/23/11

5 CARA KIKIS SIKAP TAKBUR



Imam Al-Ghazali ada menyatakan 5 cara untuk mengikiis sikap takbur dalam diri iaitu :

  • Apabila anda bersua dengan kanak-kanak, anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita.

  • Apabila kita bersua dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beribadat kepada Allah

  • Apabila bersua orang alim, anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang diketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

  • apabila bersua dengan orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu.

  • Apabila bersua dengan orang kafir, katakanlah di dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam dan diampunkan oleh Allah SWT, sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus menerus melakukan dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan…


MORAL : Sehebat mana pun kita ada lagi yang lebih hebat…
p/s : Wow!!!

6/22/11

#1 WORDLESS WEDNESDAY


Wordless Wednesday??? KLIK SINI.

pergh
MORAL : Hurmmmmmmmmmmmmmm…..
p/s : Hurmmmm…

6/21/11

PENYIBUK

Tau apa tu penyibuk??? Penyibuk merupakan satu perkataan yang terbentuk apabila imbuhan “pen-“ di tambah pada perkataan asas “sibuk”, maka terjadilah satu perkataan baru iaitu “penyibuk”.

pen + sibuk = penyibuk


Dari segi maksudnya menurut pandangan aku, penyibuk ialah seseorang yang suka masuk campur urusan orang lain tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu dan yang paling penting TANPA DIUNDANG…

Contoh ayat harian:
“Hang jangan dok jadi penyibuk dok jaga tepi kain aku… Tepi kain hang pon tak terjaga…”
-----------------------------------------------------------

Pada dasarnya, perlukah seorang yang bergelar penyibuk ini dalam kehidupan bermasyarakat??? Bagi aku perlu, dan perlu juga melihat beberapa perkara terlebih dahulu sebelum seseorang itu menjadi penyibuk… Antara perkara yang perlu dilihat ialah, masa, tempat dan juga keadaan serta masalah yang nak disibukkan tu…

Sebagai contoh, perlukah kita menjadi penyibuk sekiranya jiran kita bergaduh suami isteri diwaktu malam sehingga menganggu tidur kita??? Kalau aku, perlu… Kacau aku tidur kot… Tapi ingat, tengok balik perenggan atas…

Nak jadi seorang penyibuk kenala ada otak dan pakai akal tu sama… Janganla jadi seorang penyibuk yang cuma ada suara nak memecah belahkan orang ataupun menambahkan lagi masalah… Memangla layak digelar penyibuk yang menyibuk…

Penyibuk manakah yang menjadi idaman kalbu??? Anda yang tentukan…



MORAL : Ada akal pakai elok-elok…
p/s : Tak sibuk, tapi saja buat sibuk…

JAWATAN KOSONG


Anda memerlukan kerjaya??? Tahu kat mana nak cari??? Ya…. Sila rujuk gambar yang disediakan….

jawatan kosong

SUMBER : Penyokong Setia Hijau Kuning


MORAL : Paham-paham sendirila…
p/s : Sesuai untuk aku jua…



6/19/11

HARAPAN SEORANG IBU

Sempena dengan hari ibu yang dah berlalu aku ada satu kisah yang nak diceritakan… Kisah ini adalah kisah benar bukan rekaan semata-mata… Aku tak pandai nak mengarang, apa-apa hal pon layan jela…

-----------------------------------------------------------

TARIKH : 2 bulan yang lalu
MASA : Lepas balik main bola
TEMPAT : Salah sebuah kampung di Melaka

Hari Rabu kalau tak salah aku sebab ada pasar malam kat kampung tersebut… Aku balik je main bola terus capai dompet ambil duit terus pergi ke pasar malam dengan berjalan kaki…  Bukan jauh mana pon pasar malam tu dengan rumah yang aku sewa… Dalam perjalanan besala tegur menegur jiran sekampung… Sampai kat satu rumah ni adala tiga orang makcik yang aku rasa sebaya dengan nenek aku kat kampung tu… Depa tegur aku dulu…
“Cikgu… Pegi pasar malam ke??? Mana kawan-kawan-kawan yang lain???”
“Yer mak cik… Saja nak pi tengok apa yang best… Diorang pegi Bukit serindit, jogging… Mak cik tak pi pasar malam ke???”
“Dah beli dah ni ha…”
“Tak pa la mak cik yer, saya pi dulu…”
Aku meneruskan langkahan untuk menggapai air jagung kat pasar malam (air jagung kat mak cik tu memang best wooo…) Siap membeli aku pun tunggu lagi, belah jela… Barula namanya membeli belah, yer tak???

Sampai kat rumah tadi aku tengok mak cik tadi dok ada lagi, apa yang disembangkan pon aku tak taula…
“Banyak beli cikgu…”
“Eh, adala ni ha buah sikit dengan nasi nak buat makan malam ni…”
“Cikgu mengajar kat mana yer???”
“Kat depan ni je, sekolah pendidikan khas tu… Ala kejap je… Praktikum 3 bulan…”
“Oooo… Lepas ni balik belajar la yer??? Kat mana tu??? Susah tak ajar budak-budak tu???
Dalam hati aku, banyak pulak makcik ni tanya… Interview ke apa entah…
“A’a cik, balik belajar… Kat KL, maktab je pon cik oi… Errrr… susah ke tak??? Entahlah makcik, tapi seronokla…”
“Bertuahla anak ni, muda-muda lagi dah ada kerja bagus… Bagus kerja cikgu tu… Hurm… Anak mak cik ramai dok kat KL tu… Semua dah kerja dah…
“Eh, biasa-biasa je makcik… Ye ke??? Mak cik selalula turun KL ni yer???
“Tak adala, sekali dulu je mak cik pegi… Diorang kerja, malas mak cik nak kacau… Tunggu jela diorang balik raya setahun sekali… Kalau tak diorang tak balik… Susah nak dapat cuti…”
“Ha, yela tu mak cik… Masing-masing sibuk…”
“Anak ni orang mana??? Mak bapak ada lagi??? Kalau ada, jagala diorang baik-baik, selalula tengok-tengok diorang tu sementara masih ada… Kalau dah tak ada nanti menyesal pon tak guna dah… Orang tua ni bukan nak apa, tak mahula duit anak ni… Kasih sayang tu yang diorang nak…”
Aku tengok jam, tak masuk waktu Maghrib lagi aku dah kena ceramah Maghrib??? Layan jela mak cik ni…
“Saya orang Kedah, diorang Alhamdulillah sihat, ada lagi kat kampung tu ha… Yer mak cik….”
Aku anggukkan kepala aje apa yang dia cakap tu… Tiba-tiba ada sorang mak cik lagi menyampuk.
“Mak cik kau, ni anak dia dah lama tak balik, nak pergi KL pon dah tua ni ha, tak larat…”
Tersentak kejap aku… Apa aku nak cakap ni ha???
“Owh, nanti-nanti diorang balik la tu… Sibuk je tu…………..”
Azan Maghrib pun berkumandang…
“Eh, dah Maghrib dah ni ha mak cik… Saya nak balik dulu la yer, nanti esok-esok kita jumpa lagi… Assalamualaikum….
Fuhhh…. Aku dah mati akal nak cakap macam mana… Nanti aku salah cakap, jadi drama Melayu pulak. Aku pun teruskanlah perjalanan balik ke rumah… Mandi, sembahyang, makan, keluar melepak…

Sekian tamatlah sudah cerita sempena hari ibu yang dah lepas berminggu-minggu yang lalu… Kisah sebuah harapan seorang ibu terhadap anaknya… Aku ingat dalam drama je ada macam ni… Rupanya ada sungguh, tak ku sangka, tak ku duga… Dunia-dunia…


MORAL : Baca balik apa yang mak cik tu ceramah kat aku, malas cakap banyak kali.
p/s : Ceq sayang mak abah ceq tau…

6/12/11

ATAS…BAWAH


Berapa ramai yang berada di atas akan memandang kebawah memberi bantuan??? Berapa ramai yang di bawah mengharap bantuan dari yang berada di atas???

Tinggi sangatkah untuk yang di atas menunduk ke bawah??? Ataupun terlampau tinggi untuk di bawah mendaki???

Yang di depan akan terus mendahului… Yang di belakang akan terus ketinggalan…


MORAL : Hidup umpama roda yang bergerak… Kadang di atas, kadang di bawah…

p/s : Letih….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...