12/3/12

PERSIMPANGAN





Dari Perlis ke Johor, pelbagai simpang perlu dipilih untuk dilalui. Samada ingin mengikut jalan mudah, sukar, dekat, jauh, semuanya atas kehendak pemandu itu sendiri.

Dalam hidup???


p/s : “Every day brings new choices” – Martha Beck



11/27/12

MENYEPI… KEMBALI






Lama sudah menyepi. Hanya menanti. Merancang, belum lagi pasti. Setiap saat yang dinanti bagaikan mimpi. Kini ku kembali ke ruangan ini untuk mencoret kembali segala isi hati. Abadi? Belum pasti…


p/s : Mati itu pasti…


8/9/12

SESAT


Fatamorgana memerdaya, tidak terdaya. Semakin jauh, semakin terpedaya.
Jalan pulang yang dicari, makin menjauhi.

Fata Morgana
p/s : Jauh berjalan luas pemandangan

6/3/12

PANDUAN IMAM AL- GHAZALI SUPAYA TIDAK BERSIFAT SOMBONG

  1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

  2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dial ebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

  3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari danketahui.

  4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

  5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

  6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah olehAllah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...