3/2/15

INSAN ISTIMEWA

Tanpa bicara. Tiada kata-kata. Angguk dan geleng. Sorotan mata. Cebikan mulut. Anggota berbicara. Tanpa ada sepatah ditutur.

Namun setiap gerak tari jarimu, setiap riak wajahmu, setiap gerakkan anggotamu memberi pelbagai maksud untuk ditafsirkan. Sukarnya untukmu meluahkan apa yang terpendam dihatimu.

Oh Tuhan...
Sesungguhnya 'dia' insan istimewa.

3/5/14

ATAS, BAWAH… SAMA SAJA

 

Jika kita di atas bukit, kita akan nampak orang dibawah itu kecil. Walhal, orang dibawah juga melihat benda yang sama. bertapa kecilnya orang yang di atas.

10/22/13

PENCARIAN

Yang lama makin menjauhi. Yang baru makin menghampiri. Tapi, belum pasti.

Takut, gementar, gelisah, mungkin sedikit gembira bagi menambah rasa.

Sejarah banyak mengajar, cuma persoalannya, "Sudah cukup matang atau belum?"

Setiap yang bernilai pasti berbaloi untuk dicuba, kan? Tak salah, hanya mencuba. Untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam.

Hanya doa yang dipanjatkan, moga ini yang abadi. Amin.

5/16/13

GURU


selamat-hari-guru
GURU O GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

____________________________________________

DIA SEORANG GURU TUA
Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
ISMAIL HAJI ADNAN
1989

3/12/13

ANASIR LUAR




Mungkin datang dengan diundang,  mungkin juga tanpa diundang. Atas kekuatan sendiri untuk bertahan. Dugaan mendatang, lemah menghadapi. Akhirnya terpengaruh dan dipengaruhi ANASIR LUAR.







p/s : "I put all my genius into my life. I put only talent into my works." - Oscar Wilde


12/3/12

PERSIMPANGAN





Dari Perlis ke Johor, pelbagai simpang perlu dipilih untuk dilalui. Samada ingin mengikut jalan mudah, sukar, dekat, jauh, semuanya atas kehendak pemandu itu sendiri.

Dalam hidup???


p/s : “Every day brings new choices” – Martha Beck



11/27/12

MENYEPI… KEMBALI






Lama sudah menyepi. Hanya menanti. Merancang, belum lagi pasti. Setiap saat yang dinanti bagaikan mimpi. Kini ku kembali ke ruangan ini untuk mencoret kembali segala isi hati. Abadi? Belum pasti…


p/s : Mati itu pasti…


8/9/12

SESAT


Fatamorgana memerdaya, tidak terdaya. Semakin jauh, semakin terpedaya.
Jalan pulang yang dicari, makin menjauhi.

Fata Morgana
p/s : Jauh berjalan luas pemandangan

6/3/12

PANDUAN IMAM AL- GHAZALI SUPAYA TIDAK BERSIFAT SOMBONG

  1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

  2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dial ebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

  3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari danketahui.

  4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

  5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

  6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah olehAllah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.

11/20/11

CINTA DAN HATI

Di sebuah kampung pada zaman dahulu kala, tinggal dua sahabat baik yang bernama Cinta dan Hati. Kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain, jika Hati tiada makan Cinta akan berasa gusar dan gelisan, begitulah sebaliknya. Kemana saja mereka pergi, mereka akan sentiasa bersama.

Hidup mereka tidak mengendahkan orang lain, apa yang penting mereka bahagia dan tetap bersama. Bagi mereka, hubungan mereka itu sudah saling melengkapi walaupun Si Cinta itu buta matanya, manakala Si Hati pekak telinganya. Entah apa cara komunikasi yang diguna pakai tidak dapat dikenalpasti, tetapi kedua-duanya dapat hidup bersama. Bak kata pepatah, masing-masing punyai kimia.

Tapi pada dasarnya, hanya penduduk kampung tersebut yang dapat melihat dan mendengar semuanya dengan jelas. Acap kali penduduk kampung menunjukkan bukti kepada Si Cinta bahawa Si Hati telah curang dengannya. Namun apakan daya, Si Cinta itu buta, tidak dapat melihat bukti-bukti itu dengan jelas dan nyata.

Puas penduduk kampung tersebut menasihati dan menegur Si Hati agar tidak melakukan perkara sedemikian, namun hasilnya sama. Si Hati tidak mendengar segala nasihat dan teguran yang disampaikan kepadanya. Apakan daya, setiap usaha yang dilakukan oleh orang kampung gagal sama sekali.

Cinta itu buta, manakala Hati itu pekak. Cinta membutakan mata semata-mata untuk menghalalkan semuanya. Hati memekakkan telinga untuk mendengar setiap nasihat dan teguran.

MORAL: Cinta itu buta, hati itu pekak.
p/s:  ……………………

9/23/11

MULUT

Mouth

Kita lahir dengan dua mata dan dua telinga, tapi kita hanya diberi satu mulut. Kerana mulut adalah senjata yang amat tajam. Mulut boleh menyakiti, boleh membunuh, boleh menggoda dan banyak perkara tidak menyenangkan lagi. Oleh itu bicara sedikit mungkin, tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

MORAL : Lidah lebih tajam dari sebilah pedang.
p/s : Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.



9/15/11

JANGAN


jangan



Jangan senangkan benda yang mudah


Jangan susahkan benda yang senang


Jangan payahkan benda yang susah


Jangan sukarkan benda yang payah


MORAL : Yang kecil tak perlu dibesarkan… Yang besar tak perlu dihebohkan.
p/s : Bagai telur dihujung tanduk

8/17/11

#5 WORDLESS WEDNESDAY


8/1/11

SENARAI BAZAAR RAMADHAN SEKITAR KUALA LUMPUR





BIL
LOKASI
DAERAH/BANDAR
1. Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan Bandar Tun Razak
2. Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak
3. Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi Bandar Tun Razak
4. Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras Bandar Tun Razak
5. Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras Bandar Tun Razak
6. Taman Len Sen Bandar Tun Razak
7. Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil Bandar Tun Razak
8. Jalan Budiman 25, Taman Mulia Bandar Tun Razak
9. Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II Bandar Tun Razak
10. Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak
11. Parking Bersebelahan LRT Cheras Bandar Tun Razak
12. Taman Segar Cheras
13. Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu Cheras
14. Jln Benteng
(Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
Bukit Bintang
15. Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit) Bukit Bintang
16. Lorong Berangan Bukit Bintang
17. Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand) Bukit Bintang
18. No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman
-Kawasan tempat letak kereta persendirian
Bukit Bintang
19. Jalan Haji Taib Bukit Bintang
20. Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit) Bukit Bintang
21. Jalan Masjid India Bukit Bintang
22. Lorong Tuanku Abdul Rahman Bukit Bintang
23. Tapak Parking Pasar Selayang Batu
24. Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching Batu
25. Sentul Pasar Batu
26. Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh Batu
27. PPR Batu Muda Batu
28. Kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks, kawasan lapang di tepi Kompleks dan didalam Kompleks, Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh Batu
29. Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara Batu
30. Siarkaki Leboh Pudu Bukit Bintang
31. Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong Kepong
32. Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah Seputeh
33. Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling Seputeh
34. Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama Seputeh
35. Jalan Sri Jati 3 Lembah Pantai
36. Sebelah Pure Life off Jalan Puchong Lembah Pantai
37. Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat Lembah Pantai
38. Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam Lembah Pantai
39. Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati) Segambut
40. Taman Wilayah Selayang Fasa 3 Batu
41. Pasar Datuk Keramat Titiwangsa
42. Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang Titiwangsa
43. Jln Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit) Titiwangsa
44. Jln Cochrane Titiwangsa
45. Jalan Rejang 11, Setapak Jaya Setiawangsa
46. Jalan Wangsa Melawati 3 Setiawangsa
47. Jalan Wangsa Delima Setiawangsa
48. Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6 Setiawangsa
49. Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak Setiawangsa
50. Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota Wangsa Maju
51. Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak Wangsa Maju
52. Jalan Langkawi, Teratai Mewah Wangsa Maju
53. Kaki lima Plaza Idaman Wangsa Maju
54. Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju Wangsa Maju
55. Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju Wangsa Maju
56. Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman Wangsa Maju
57. Tapak Pasar Malam Taman Melati Wangsa Maju
58. Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam Lembah Pantai


Bazaar Ramadhan Sekitar Lembah Klang DI SINI

Jika terdapat sebarang tempat lain yang tidak dinyatakan… Share saja, jangan segan jangan malu…



MORAL : Membazir itu amalan syaitan
p/s : Area rumah aku saja dah lebih 5 bazaar, mana mau pegi ni ha???



KREDIT TELEFON HABIS??? TOP UP DI SINI

BUAT DUIT MELALUI FACEBOOK DAN TWITTER... KLIK SINI

MAHUKAN TIKET KONSERT DENGAN DISKAUN 20%??? KLIK SINI

INTERNET ANDA PERLAHAN??? CUBA YANG INI

DAPATKAN HADIAH SEMPENA HARI RAYA BERSAMA PERODUA... DI SINI

MENCARI PLAN PRABAYAR UNTUK iPHONE??? KLIK SINI

7/30/11

WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA TAHUN 1432H/2011M


40682_149441878401699_100000076620929_442873_4410391_n



Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


jadual-waktu-berbuka-puasa-2011-kawasan-wilayah
Wilayah Persekutuan Labuan


jadual-waktu-berbuka-puasa-2011-kawasan-labuan

Bagi lain-lain negeri sila ke : Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M

Untuk waktu solat, sila ke : e-solat


MORAL : Laksanakan tanggungjawab
p/s : Penuh ke tak posa tu ha???

7/27/11

#4 WORDLESS WEDNESDAY




7/20/11

#3 WORDLESS WEDNESDAY (MALAYSIA VS CHELSEA)

malaysia vs chealsea

Sumber : sokernet.com

supermokh

TOP UP HABIS??? TAK JADI MASALAH, KLIK SINI…

BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK DAN TWITTER??? KLIK SINI

MENANGI iPAD2, CANON EOS 550D DAN HTC DESIRE... KLIK SINI

NAK JUMPA DAVID ARCHULETA??? TENGOK SINI…

CARI TINTED BARU UNTUK KERETA ANDA??? KLIK SINI…



7/19/11

HADIAH TERBAIK

hadiah

Kepada kawan – Kesetiaan


Kepada musuh – Kemaafan 


Kepada ketua – Khidmat



Kepada yang muda - Contoh terbaik



Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.



Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan



Kepada manusia – Kebebasan



MORAL : Buat balik di balas baik…
p/s : Kepada orang berkenaan, aku cakap elok-elok, kau balas macam taik…




TOP UP HABIS??? TAK JADI MASALAH, KLIK SINI…

BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK DAN TWITTER??? KLIK SINI

MENANGI iPAD2, CANON EOS 550D DAN HTC DESIRE... KLIK SINI

NAK JUMPA DAVID ARCHULETA??? TENGOK SINI…

CARI TINTED BARU UNTUK KERETA ANDA??? KLIK SINI…


7/13/11

#2 WORDLESS WEDNESDAY

Image02901_thumb





tiket2_thumb6

7/12/11

PENDIDIK

guru

Jika seorang DOKTOR membuat kesilapan, dia hanya membunuh seorang pesakit.

Tetapi, kalau seorang PENDIDIK melakukan kesilapan, dia akan membunuh satu generasi..

JURUTERA hanya berdepan dengan mesin dan alat-alat teknologi,

tetapi PENDIDIK berdepan dengan sikap dan peribadi teknokrat itu sendiri..

p/s : Arsenal Malaysia oi……


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...