-
Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dial ebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
- Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari danketahui.
- Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah olehAllah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
6/3/12
PANDUAN IMAM AL- GHAZALI SUPAYA TIDAK BERSIFAT SOMBONG
Posted by
iniialahaku
PANDUAN IMAM AL- GHAZALI SUPAYA TIDAK BERSIFAT SOMBONG
2012-06-03T21:25:00+08:00
iniialahaku
Comments
11/20/11
CINTA DAN HATI
Di sebuah kampung pada zaman dahulu kala, tinggal dua sahabat baik yang bernama Cinta dan Hati. Kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain, jika Hati tiada makan Cinta akan berasa gusar dan gelisan, begitulah sebaliknya. Kemana saja mereka pergi, mereka akan sentiasa bersama.
Hidup mereka tidak mengendahkan orang lain, apa yang penting mereka bahagia dan tetap bersama. Bagi mereka, hubungan mereka itu sudah saling melengkapi walaupun Si Cinta itu buta matanya, manakala Si Hati pekak telinganya. Entah apa cara komunikasi yang diguna pakai tidak dapat dikenalpasti, tetapi kedua-duanya dapat hidup bersama. Bak kata pepatah, masing-masing punyai kimia.
Tapi pada dasarnya, hanya penduduk kampung tersebut yang dapat melihat dan mendengar semuanya dengan jelas. Acap kali penduduk kampung menunjukkan bukti kepada Si Cinta bahawa Si Hati telah curang dengannya. Namun apakan daya, Si Cinta itu buta, tidak dapat melihat bukti-bukti itu dengan jelas dan nyata.
Puas penduduk kampung tersebut menasihati dan menegur Si Hati agar tidak melakukan perkara sedemikian, namun hasilnya sama. Si Hati tidak mendengar segala nasihat dan teguran yang disampaikan kepadanya. Apakan daya, setiap usaha yang dilakukan oleh orang kampung gagal sama sekali.
Cinta itu buta, manakala Hati itu pekak. Cinta membutakan mata semata-mata untuk menghalalkan semuanya. Hati memekakkan telinga untuk mendengar setiap nasihat dan teguran.
MORAL: Cinta itu buta, hati itu pekak.
p/s: ……………………
9/23/11
MULUT
Kita lahir dengan dua mata dan dua telinga, tapi kita hanya diberi satu mulut. Kerana mulut adalah senjata yang amat tajam. Mulut boleh menyakiti, boleh membunuh, boleh menggoda dan banyak perkara tidak menyenangkan lagi. Oleh itu bicara sedikit mungkin, tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
MORAL : Lidah lebih tajam dari sebilah pedang.
p/s : Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Subscribe to:
Comments (Atom)