5/8/11

GURU UMPAMA…






Selalu kita dengar “guru umpama lilin membakar diri untuk menerangi orang lain”, relevan lagi tak ungkapan ni??? Zaman sekarang guru dah ada banyak pilihan nak berfungsi sebagai apa…







  • LILIN
    • Tetap menjadi lilin, membakar diri menerangi orang lain. Tapi ianya dah tak relevan pada zaman sekarang ni ha… Buat orang gelakkan adala… Sesekali je orang guna, masa candle light dinner tak pon masa black out je…
  • PELITA
    • Pelita (minyak tanah), menerangi kehidupan orang lain tanpa memudaratkan diri, hanya makin lama makin buruk rupa… Bila siang, orang tak pedulikan malah dibuang kerana rupa yang buruk… Yela, dah berjelaga, nak letak kat tengah-tengah rumah bagi orang tengok ke???
  • LAMPU KALIMANTANG
    • Dengan kuasa yang lebih tinggi ia menerangi orang, lebih terang dan menjadi pilihan ramai orang disebabkan kuasanya… Waktu sian pon dia tetap utuh , teguh menunggu sehingga ianya diperlukan lagi… Ianya tidak dipinggirkan walaupun kadangkala kehadirannya di siang hari tidak dialu-alukan…
  • LAMPU DECO
    • Menjadi kemegahan walaupun tujuannya adalah sama iaitu menerangi orang lain… Walaupun rupanya cantik, namun kuasanya tidaklah sehebat mana, terang-terang malap macam tu je… Tak mampu nak menerangi kesemua kawasan… Cuma kelebihannya, walaupun tak mampu nak bagi cahaya samada rosak atau hari siang ia tetap dipuji dengan kecantikan wajahnya serta sering ditempatkan di ruang utama.
Sekiranya anda seorang guru, pilihlah sebagai apa anda hendak berfungsi… Bukan cikgu pun tak pa…


MORAL : Guru umpama lilin, pelita, lampu pendaflour, dan lampu deco menerangi orang lain….

p/s : Cikgu yang ceria, cikgu lampu lip lap… hehe… Malam raya, bukan main meriah lagi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...