6/12/11

ATAS…BAWAH


Berapa ramai yang berada di atas akan memandang kebawah memberi bantuan??? Berapa ramai yang di bawah mengharap bantuan dari yang berada di atas???

Tinggi sangatkah untuk yang di atas menunduk ke bawah??? Ataupun terlampau tinggi untuk di bawah mendaki???

Yang di depan akan terus mendahului… Yang di belakang akan terus ketinggalan…


MORAL : Hidup umpama roda yang bergerak… Kadang di atas, kadang di bawah…

p/s : Letih….

5/20/11

JATA NEGARA

   jatanegaramalaysialamajatanegaramalaysia

Sebelum ni kita dah belajar Geografi berkenaan minyak… Sekarang kita akan belajar Sejarah pulak mengenai Jata Negara… Hangpa nampak kedua-dua gambar kat atas tu??? Apa yang yang sama dan apa yang membezakan diantara kedua-dua jata negara tersebut???

  • Lambang Persekutuan Tanah Melayu telah diperkenalkan dan diwartakan oleh Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1952.
  • Reka bentuk Lambang Persekutuan atau Jata Negara ini diusahakan oleh Jabatan Ukur menggunakan enam warna.
  • Reka bentuk lambang ini telah diusahakan dalam masa yang lama dan telah dibincangkan bersama-sama dengan Sir Henry Gurney dan Raja-raja Melayu.


  • Jata Negara yang ada sekarang mempunyai beberapa perubahan.
  • Lambang-lambang bagi Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah diubah beberapa kali.
  • Dalam versi baru harimau pada Jata Negara dikemas kini pada bahagian kepala harimau.


----------------------------------------------------------------------------------------------

Okay… Semua kat atas tu adalah yang tersurat, yang boleh dilihat dengan mata kasar. Bila aku tengok jata negara, aku teringat cikgu Sejarah aku dulu, Cikgu Bakar… Dia ada cerita dekat kelas aku mengenai di sebalik harimau jata negara… Tak tahula samada fakta ataupun auta… Tapi ada logiknya…

Hangpa perasan tak keadaan harimau dalam kedua-dua jata negara tersebut??? Macam mana??? Harimau dalam jata negara lama lebih kurus dan terjelir lidah, betul kan??? Yang baru lebih berisi dan ternganga nampak lebih garang…

Harimau jata negara lama kurus sebab dulu sebelum merdeka, rakyat Malaya a.k.a Tanah Melayu hidup dalam keadaan yang susah… Tak cukup makan di zaman penjajahan… Lidah terjelir dan tergigit, semua ni melambangkan kesusahan rakyat dulu sebelum mencapai kemerdekaan…

Harimau pada jata negara yang baru, lebih berisi dan tampak garang… Menunjukkan selepas Tanah Melayu @ Malaya @ Malaysia mencapai kemerdekaan rakyatnya cukup makan dan berada dalam keadaan yang selesa….

Bila difikirkan balik semua ni ada kebenarannya walaupun aku tak pasti samada ini fakta atau auta… Adakah ini semua mainan psikologi???


MORAL : Sayang tak negara kita???

p/s : Ada orang cakap jata negara ada unsur-unsur Freemason, benarkah???

TUTORIAL : BLOG LIST SCROLL






Sekali lagi benda baru yang dipelajari oleh aku... So sekali lagila jugak aku nak share kat sini. Kali ni scroll kat blog list pulak...



  • Langkah 1 :

Macam selalu, Dashboard > Design > Edit HTML, tandakan kotak Expand Template Widget... Dah tanda, download dulu takut jadi perkara yang tidak diingini.

  • Langkah 2 :

Cari code dibawah :

<div class='widget-content'>

Nak mencari tekan keyboard Ctrl + F ataupun F3.

  • Langkah 3 :

Dah jumpa??? Buang code tersebut dan gantikan dengan code dibawah :

<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:100px;'>

Height boleh diubah-ubah untuk kesesuaian blog hangpa.

  • Langkah 4 :

Preview, kalau tiada sebarang masalah bolehla Save Template tersebut.

Nota Tambahan

Sekiranya hangpa nak tukar nama bloglist tersebut kepada nama lain.

  • Langkah 1 :

Dashboard > Design > Edit HTML, tandakan kotak Expand Template Widget... Cari nama blog list hangpa dengan menekan Ctrl + F ataupun F3. Kalau tak tau, pergi ke Page Elements, tengok nama blog list hangpa apa.
Contoh aku punya :

namabloglist

  • Langkah 2 :

Dah jumpa dekat HTML, gantikanlah dengan nama yang baru.

</b:widget>
<b:widget id='BlogList1' locked='false' title='My Blog List' type='BlogList'>
<b:includable id='main'>
    <!-- only display title if it's non-empty -->
    <b:if cond='data:title != &quot;&quot;'>
      <h2 class='title'><data:title/></h2>
    </b:if>

Gantikan perkataan bewarna merah dengan nama yang baru.

Credit to : SINAR RAUDAH


MORAL : Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima.

p/s : melayan HTML je kerjanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...