3/25/11

TAZKIRAH : SIAPA ORANG YANG ALLAH CINTAI

MOOD : Tetiba aku nak bertazkirah dikala Jumaat menjelma…

  • Orang yang bertaqwa
Allah berfirman yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa.” (Surah al – Taubah 9:4)

  • Orang yang cepat-cepat bertaubat
Allah berfirman yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.” (Surah al – Baqarah 2:222)

  • Orang yang adil
Allah berfirman yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil.” (Surah al – Mumtahanah 60:8)

  • Orang yang bertawakal
Allah berfirman yang bermaksud : “ Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya allah menyukai orang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali ‘Imran 3:159)

  • Orang berbuat kebaikan
Allah berfirman yang bermaksud : “ Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” (Surah  al – Baqarah 2: 195)

  • Orang yang berjuang pada jalan Allah
Allah berfirman yang bermaksud : “ Sesungguhnya allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah al – Saff 61:4)

Sumber : Artikel edaran Panitia Pendidikan Islam S.K. Pendidikan Khas Melaka 2011 / 1432 hijrah.

MORAL : Siapakah kita disisi Allah??? Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s : Jom pi masjid, ada pisang sedekah…hehe... (ehem, niat tu penting tau)

3/14/11

SEJARAH





“Those who do not learn from history are doomed to repeat it” – George Santayana

Yer… Sejarah tidak sepatutnya dilupakan kerana menurut George Santayana lagi :

“A country without a memory is a country of madmen”

Tanpa kita sedari bahawasanya tahun ni merupakan ulang tahun ke 500 (1511 – 2011) Melaka telah dijajah oleh Portugis yang diketuai oleh seorang yang bernama Alfonso de Albuquerque.

Tapi adakah kita ambil ikhtibar dari peristiwa sejarah ini? Yang mana menyaksikan kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang dahulu kala dikatakan amatlah hebat di serata pelusuk dunia.

Cuba duduk dan renung kembali… Adakah sejarah ini mungkin berulang? Ingat kembali, apa yang menyebabkan jatuhnya empayar Melaka dahulu kala. Adakah kita mahu perkara sama seperti yang berlaku 500 tahun dahulu berulang lagi di tahun millenium ini???

-------------------------------------------------------------------

Sejarah banyak yang telah terpesong, masing-masing nak menutupi kelemahan masing-masing. Isu-isu yang sepatutnya diutarakan tidak diutarakan dengan sewajarnya…

“Sejarah menceritakan jatuh bangunnya tamadun bangsa.Jadi mengapa kita harus takut menyatakan kebenaran sejarah? Kenapa kita bagitu lemah mahu mempertahankan sejarah bangsa sendiri? Lihat saja kerana sebuah buku yang 40 tahun lalu diterbitkan,sekarang kita dah jadi nanar,nanyuk,melatah,ketar lutut dan tenggelam punca kerana mahu memenuhi cita rasa kaum tertentu!! Mengapa takut kalau itu adalah sejarah dan sudah pun ditulis!”
Dipetik dari komen Melayuraya di SINI.

Akhir kata,
“Kita hari ini terperangkap dalam sejarah Melayu era penjajahan. Ini realitinya… Kita berfikir dengan pemikiran sejarah orang Melayu bermula dengan kejatuhan Melaka, era penjajahan sehinggalah merdeka. Sejarah orang Melayu pada hari ini di buku-buku teks sekolah adalah sekecil sejarah Malaysia yang terjajah. Padahal sejarah Melayu itu seluas sejarah Nusantara yang membina empayar maritim teragung dunia.” – Cerita Satu Malam


MORAL : Janganlah terlampau dibuai mimpi lena. Bangunlah wahai anak bangsaku, terangilah kegelapan.

p/s : Adakah iniialahaku??? Pelik benar entry aku kali ni…hahaha…
Tak semestinya tunggu merdeka baru boleh patriotikkan???

1/12/11

THE UNSUNG HERO

PEMBERITAHUAN : Entri ini adalah berkaitan dengan bola sepak tempatan. Sekarangkan tengah top pasal Harimau Malaya. Tapi aku tak nak cerita pasal Harimau Malaya, aku nak cerita pasal sorang legend dalam arena bola sepak tempatan. Kalau yang rasa bola sepak tempatan ni hambar, fikirkan balik lepas baca.


Nak cakap aku tahu pasal bola sepak tempatan sangat pon aku tak la sangat tahu. Tapi aku amik tau jugakla dengan perkembangan bola sepak negeri aku serta negara aku ni. Setakat nak sharekan “from my view” tu bolehla sikit-sikit. Kalau ada yang nak kritik penulisan aku ni, aku tak kisah… Tapi buatlah secara berhemah yer.

Siapa yang korang fikirkan legend bola sepak kat Malaysia ni? Supermokh? Satokh Singh? Soh Chin Aun? Hassan sani? Azman Adnan? Ahmad Sobri? Che Zambil? Ke Rajagopal?? Tak dan bukan sama sekali mereka semua ni yang aku nak cakap… Tapi sorang hero bola sepak Malaysia yang aku rasa setakat hari ni masih tiada pengganti yang memiliki kredibiliti, dan semangat serta ketegasan dalam mengkritik seperti yang ditunjukkan oleh “beliau”. Perasaan cintakan bola sepak sangat menebal dalam hati seorang yang bergelar “beliau” ini.

Tapi aku sedih, kecewa, dan marah kerana apa yang beliau telah curahkan kepada bola sepak tanah air tidak diberi penghargaan yang sewajarnya. Malahan beliau turut dikecam, dikritik oleh pihak-pihak tertentu. Siapakah “beliau” yang dimaksudkan oleh aku??

The Unsung Hero……….

ahmadbasriakil









 Allahyarham Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri Akil (25 April 1939 —15 July 2008),



Hampa kenai dak ni? Orang Kedah mana? Orang Kedah tak kenai sapa dia ni memang saja jela jadi orang Kedah. Aku bukan nak buat ikut semangat kenegerian yer, tapi ini adalah kenyataan. Beliau merupakan seorang hero bola sepak tanahair yang bagi aku penghargaan yang beliau dapat adalah sama sekali tak setanding dengan jasa yang beliau telah taburkan.

Allahyarham DBA  merupakan bekas pengurus pasukan Kedah FA (1986 –1996, 2006 - 2007) dan Malaysia (1986), dan turut merupakan Naib Presiden FAM (1994 – 1998). Beliau juga merupakan pengurus Malaysia pertama yang membawa Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA (1989) dan setelah 20 tahun yakni di sukan SEA Laos 2009 barulah Malaysia boleh merampas kembali pingat emas tersebut.

Plan-plan pembangunan bola sepak yang beliau bangunkan bersama Kedah memberi impak dalam pembangunan bola sepak di Kedah secara khususnya. Kedah mula mendominasi pentas bola sepak tanahair. Impak yang diberi boleh dilihat sampai sekarang, berapa ramai pemain-pemain hebat yang telah berjaya dilahirkan? “Double treble” juga merupakan hasil dari pembangunan bola sepak ini. Dan aku ada terbaca bahawa strategi pembangunan bola sepak yang dijalankan ini telah diambil modulnya oleh beberapa buah negara, antaranya Jepun dalam meningkatkan mutu bola sepak tempatan mereka. Dan sekarang, apa jadi dengan Jepun??? Malaysia di mana??? Sebab apa semua ni terjadi??? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Sejarah perkhidmatan beliau dalam arena bola sepak tanahair amat mencabar dan penuh dengan liku-liku yang perlu ditempuhi oleh beliau. Kejayaan bersama Kedah turut ada pasang surutnya, Kedah pernah jatuh ke Divisyen 2 pada tahun 1991 namun Kedah bangun kembali. Akibat ketegasan dalam mengkritik yang beliau tunjukkan, beliau telah di gantung dari memegang sebarang jawatan dalam bola sepak tanahair sejak 2001 sehingga 2005. Pada tahun 2005 beliau kembali dengan plan jangka pendek (3 tahun) Kedah akan berjaya memonopoli bola sepak tempatan. Dan hasilnya dilihat setahun lebih awal dari yang sepatutnya, iaitu pada tahun 2007 dengan kejayaan treble. 2007, sekali lagi beliau digantung 3 tahun kerana mengkritik FAM. Tahun 2008, merupakan tahun tawa dalam tangisan buat Kedah. Sebab apa aku cakap tahun tawa dalam tangisan? Tanggal 15 Julai 2008, DBA telah dijemput menemui Yang Maha Agung Allah swt dan pada tahun ini jugaklah Kedah sekali lagi memenangi treble. Pembangunan bola sepak beliau sehingga sekarang masih diteruskan di Kedah.

Hilangnya sebutir permata yang amat beharga ini banyak memberi kesan keatas bola sepak Kedah terutamanya (Tanahair aku tak tahula, orang-orang ehem-ehem sukala kot). Bayangkanlah sehingga ada negara luar yang sanggup tiru cara beliau dan negara tersebut kini bertiang-tiang kat depan sana manakala kita masih berbangga dengan kejayaan-kejayaan silam, zaman aku tak diberanakkan lagi dan zaman aku kecik-kecik dulu. Buat apa nak kenang lagi? Berjalan biar kehadapan bak kata pak cik dalam iklan Petronas (korang ingat tak?), teruskan apa yang kita menang di AFF dan tingkatkan lagi, jangan asyik nak pandang belakang je… Nanti eksiden pulak dah tak tengok depan jalan kan susah.

Al – Fatihah buat Allahyarham Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri Akil (25 April 1939 —15 July 2008), dan takziah diucapkan kepada keluarga.
Bibliografi :

p/s :
  1. Ditulis kerana kancah bola sepak tempatan dah nak bermula, dan ada angin baru dalam arena bola sepak selepas menang AFF. Serta pengumuman ranking dunia yang dibuat oleh FIFA.
  2. Aku rasa ni la entri aku paling skema dari segi struktur ayat dan kepanjangan yang amat berjela dari entri-entri yang pernah aku buat.
  3. Ranking Malaysia di tangga ke 142 tahniah Malaysia
ranking malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...