5/20/11

JATA NEGARA

   jatanegaramalaysialamajatanegaramalaysia

Sebelum ni kita dah belajar Geografi berkenaan minyak… Sekarang kita akan belajar Sejarah pulak mengenai Jata Negara… Hangpa nampak kedua-dua gambar kat atas tu??? Apa yang yang sama dan apa yang membezakan diantara kedua-dua jata negara tersebut???

  • Lambang Persekutuan Tanah Melayu telah diperkenalkan dan diwartakan oleh Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1952.
  • Reka bentuk Lambang Persekutuan atau Jata Negara ini diusahakan oleh Jabatan Ukur menggunakan enam warna.
  • Reka bentuk lambang ini telah diusahakan dalam masa yang lama dan telah dibincangkan bersama-sama dengan Sir Henry Gurney dan Raja-raja Melayu.


  • Jata Negara yang ada sekarang mempunyai beberapa perubahan.
  • Lambang-lambang bagi Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah diubah beberapa kali.
  • Dalam versi baru harimau pada Jata Negara dikemas kini pada bahagian kepala harimau.


----------------------------------------------------------------------------------------------

Okay… Semua kat atas tu adalah yang tersurat, yang boleh dilihat dengan mata kasar. Bila aku tengok jata negara, aku teringat cikgu Sejarah aku dulu, Cikgu Bakar… Dia ada cerita dekat kelas aku mengenai di sebalik harimau jata negara… Tak tahula samada fakta ataupun auta… Tapi ada logiknya…

Hangpa perasan tak keadaan harimau dalam kedua-dua jata negara tersebut??? Macam mana??? Harimau dalam jata negara lama lebih kurus dan terjelir lidah, betul kan??? Yang baru lebih berisi dan ternganga nampak lebih garang…

Harimau jata negara lama kurus sebab dulu sebelum merdeka, rakyat Malaya a.k.a Tanah Melayu hidup dalam keadaan yang susah… Tak cukup makan di zaman penjajahan… Lidah terjelir dan tergigit, semua ni melambangkan kesusahan rakyat dulu sebelum mencapai kemerdekaan…

Harimau pada jata negara yang baru, lebih berisi dan tampak garang… Menunjukkan selepas Tanah Melayu @ Malaya @ Malaysia mencapai kemerdekaan rakyatnya cukup makan dan berada dalam keadaan yang selesa….

Bila difikirkan balik semua ni ada kebenarannya walaupun aku tak pasti samada ini fakta atau auta… Adakah ini semua mainan psikologi???


MORAL : Sayang tak negara kita???

p/s : Ada orang cakap jata negara ada unsur-unsur Freemason, benarkah???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...